CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

HARGA TEMPAHAN PAKAIAN WANITA/ LELAKI & PELBAGAI.

TEMPAHAN

Hijab/ Tudung - 20.00 sehelai ** Sebarang rundingan/ pertanyaan berkenaan tempahan peniaga, sila hubungi saya melalui telefon/sms.


Baju Kurung/ Pesak Gantung - 40.00



Baju Kurung - Lining ( Penuh) - 75.00



Baju Kurung - Piping/ Mata Lalat - 40.00



Baju Kurung Pahang - 45.00



Baju kurung moden - 45.00



Baju Kebaya - 45.00



Baju Kebaya - Lining - 80.00



Baju Kebaya Moden/ Kebarung - 45.00



Jubah Wanita/ Lelaki - 50.00



Baju Kurung Kanak-kanak - 20.00



Blouse Wanita - Biasa/Simple - Dari 28.00 ke atas




Blouse Wanita Berkolar/ Kemeja Lelaki - 45.00



Baju Melayu Cekak Musang - Sepasang 90.00



Baju Melayu Johor - Sepasang 80.00



Baju Melayu Moden - 45.00



Sarung Kusyen - 20 x 20 - 6.00 sekeping/sehelai



Skirting - 5.00 Semeter



Basket Liner - Sebut Harga





















Friday, October 1, 2010

BLOGWALKING MENYAPU SAWANG ..Haha..Thats what I called it !

Salam All, Its been a months kan I x put up any updates here..Well, Insya Allah after this I will try to stick here to put all of my daily activities and so on. I'll be putting up another blog tapi just as for my journal only..I dont want to mix all personal and my DIY activities..nanti org ingat apa ker benda punya blog ni...hahahha...Ohh...before terlupa...I dah DEACTIVATE my FACEBOOK account about 3 days ago...Saja jer utk mengurangkan kerja2 yang menyebabkan ku leka di alam maya...Jaga blog jer lagi bagus...Then I can share whatever info's and tips in hand with all friends kat sini kan kan? Kalau kat FACEBOOK asyik bersembang tak habis...U guys can contact me @ Y : hadrawati@yahoo.com ( I mostly put myself invisible) just try to buzz sbb kalau I available I just cant handle all at 1 time...atau email/sms : siti_hadrawati@hotmail.com / 0136666156

Friday, May 21, 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

Rule n0.1 :
Thanks and link the person that give this award...


Its been three years saya menjahit sesuku masa pada 1st year, sepenuh masa pada 2 tahun seterusnya sampailah skrg...Ini pertama kalinya saya dapat award dari sahabat yang sama minat..Thanks to N.A.I rakan lama dari forum WMC...hehehehe...lama tak jumpa kat forum ek N.A.I...Dan N.A.I yang baik hati dan sangat super rajin mengoogle sampai kami terjumpa balik...thanks so much padanya yang tak pernah melupakan...



Rule no.2 :
State 7 thing about your self


1- Saya suri di rumah sepenuh masa sejak 3 tahun yang lepas, saya baru setahun graduate dari UM setelah sekian lama berangan nak mengenggam ijazah namun rezeki ketika itu masih belum memihak disebabkan kekurangan dalam keluarga ketika zaman persekolahan. Saya bekerja sehinggalah saya bertemu jodoh namun semangat nak belajar tak pernah luntur so, lepas lahir anak ke 3 maka saya terus sahaja melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, kalau kita nak sesuatu seikhlasnya insya allah pasti kita dapat...lambat atau cepat ajer...hehehhe...dan saya tak pernah rasa tua untuk belajar..

2- Saya sangat minat bidang jahitan dari sejak azali lagi kot sebab nenek saya pandai menjahit, mak saya juga pakar menjahit tapi mereka tak pernah perturunkan ilmu kepada saya..hmm peliknyer...tapi saya jenis yg suka mencuba walau apa pun hasilnya janji saya dah cuba..so, niat saya terpendam sampai akhirnya juga selepas anak ke 3 saya lahir saya belajar menjahit sekaligus kuliah di universiti...so, pagi saya gi kelas menjahit di chow kit, petangnya saya berlari ke universiti di PJ untuk hadiri kuliah...masa tu saya tak drive tau..hahaha...naik bas turun bas marathon ler..mcm tulah kerja saya setiap minggu sampai lunyai...hahahah...tapi saya sangat2 puashati...syukur dengan izinNya....alhamdulillah

3- Saya sangat menyukai bidang jahitan dan saya punya koleksi buku jahitan yang banyak...saya bawak buku-buku saya tidur bersama saya..tidaklah sampai bersepah tapi buku-buku tersebut saya letak bersebelahan tempat tidur saya agar mudah saya capai bila2 masa saya mahu...sebelum tidur baca dulu, sebelum bangkit tidur buku juga saya capai dulu..bukan buku jahitan sahaja, mcm2 buku ada, buku agama, novel penyiasatan, perundangan dan majalah masakan sampai suami pun naik pening sebab bilik tidur kami penuh buku hehehehe...tapi kini tabiat membaca tu jangkit kat anak sulung saya...saya sanggup tak beli baju semata-mata beli buku..sebab baju saya jahit sendiri...hahahha

4- Saya masih mahu melanjutkan pelajaran selepas ini tapi dalam bidang jahitan, sebab suatu hari nanti saya mahu mencurahkan ilmu pada anak-anak remaja. Akademik penting dan bidang kemahiran juga penting bagi menjamin masa hadapan sebagai back up untuk kita harungi kehidupan yang serba serbi materialistik, at least ada kemahiran boleh bantu kita jana pendapatan keluarga dan antara cara untuk kita jauhkan anak-anak muda kita dari penyakit sosial.

5- Saya tak suka mengait, menjahit manik dan cross-stiching sebab mak saya pandai semua itu. Saya tiada kesabaran untuk membuat benda halus sedemikian. Saya serahkan pada yang pakar. Minat saya hanya pada jahitan dan saya setiap hari berusaha belajar bagaimana nak mencapai standard jahitan yang sempurna..maklumlah nak jadi cikgu kan? hahahaha, berangan.

6- Baju pertama saya jahit ialah baju melayu lelaki yang saya buatkan untuk heheheh....cinta monyet saya..waktu tu saya hanya di tingkatan 3...jadi jer pun baju tu walaupun tak secantik di kedai butik..hahahha....saya belajar dgn hanya menetas semula baju lama abg saya yg dah lusuh, saya tekap dan buat balik sekali dengan seluarnya..hahahhaha....seluar getah cerut ajer...punyalah semangat nak belajar menjahit sampai kena marah dengan mak...akhirnya kini saya puas...saya dah pandai menjahit dan mak saya hadiahkan saya mesin yang amat saya sayang sekali....bukan satu, tapi 3...mak..Thank you so much, I love You..

7- Nak tahu berapa guru saya belajar menjahit? mesti you all gelak sebab mesti korang akan terfikir apalah bebal sgt si Bola nih sampai cikgu ramai camtu...? heheheh...adalah kisahnya, kalau kita jumpa saya cerita panjang tapi saya hanya bagitahu saya berguru kepada 5 orang pakar jahitan...dan bakal ada guru ke 6 nampaknya lepas ni kalau saya sambung belajar nanti..saya masih nak pegi berguru lagi nih...insya allah...dan saya sangat bersyukur sbb dalam suami saya yang tak suka saya menjahit dulu kini dialah orang yang paling risau bila saya kata saya nak berhenti menjahit tudung( ungkapan bila kepenatan)..habis tu nak jahit apa katanya...? hah...mau tak risau, sbb dalam sesak-sesak, alhamdulillah, pendapatan saya dalam jahitan setakat ini dapatlah kami sekeluarga melihat dapur sentiasa berasap...dan anak-anak dapat nikmati apa yang mereka mahu tanpa ternanti-nanti...tapi saya mmg nak berhenti ambik tempahan tudung sbb nak kembali ke tujuan asal saya...saya nak jadi guru jahitan dan saya nak jahit benda yang saya suka untuk diri saya dan anak2 gadis saya...insya allah....

seterusnya......


rule no. 3:
Pass this award to 15 bloggers that you've discovered and think they are fantastic


saya nak pass kat sapa? tgh cari orangnyer...heheheh.......> xyla mak hazim dan My Deleila

hahahah...pandai2lah korang ek....

Tuesday, May 18, 2010

KELAS INTENSIF BAJU KURUNG TRADISIONAL/ KURUNG PAHANG

Salam all, selepas bulan May 2010 ini, saya mengambil keputusan untuk berehat dari menerima tempahan tempahan berkaitan hijab.. Saya nak alih angin sebab dah terlalu lama saya menjahit tudung-tudung sehinggakan saya teralih fokus dari yang amat saya minati iaitu pakaian dan kraf yg lainnya...Jadi saya mohon ribuan maaf kepada sesiapa yang nak menghantar order2 berkaitan tudung/ hijab...Saya hanya akan mengambil tempahan pakaian buat masa-masa yg akan datang..Kalau berminat untuk menempah hijab, tempahlah sepasang dengan pakaian anda sekali, maka yang itu saya sedia pertimbangkan...

Selain itu sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana menjahit Baju Kurung Tradisional saya akan mengadakan kelas pada hujung minggu. Jika ada permintaan untuk kelas pada cuti persekolahan yang akan datang ini, sila call saya untuk memastikan tiada pertindihan jadual dengan percutian saya...Untuk kelas hujung minggu sila call/sms terlebih dahulu dan booking tarikh anda 2 minggu awal...call/sms untuk yuran. Pakej kelas ini saya lengkapkan semuanya. Anda hanya perlu bayar yuran dan segala perkakasan/keperluan anda termasuk kain untuk menjahit disediakan dan milik anda selepas tamat kelas. Kelas diadakan setiap minggu samada Sabtu atau Ahad sampai anda dah bersedia untuk buat pattern/ fashion yang lain. Saya buat personalised class sahaja. Ramai2 nanti ada yg tak terlayan itu yang saya takut. Nanti tak adil lah buat you all kan..Tapi weekend ada 2 hari, so kalau ada nak book tempat untuk the next day pun boleh maknanya 1 student satu slot aje..belajar sampai u all confident...Saya tak nak you all kelam kabut nak mengejar masa jadi saya buat cara begini..buatlah sampai siap baju yang u all nak belajar tu..Kalau bz tak dapat datang just bagitahu in advance, sy pun faham gak..weekend tu ada yg nak spent time ngan family kan, saya pun nak..hehehe...so, no restriction hours.. Untuk booking sila buat pembayaran deposit/pendahuluan sebanyak 50% dari jumlah yuran keseluruhan..

Buat masa ini saya hanya akan mengadakan kelas untuk Tudung/ Baju Kurung Tradisonal/ Kurung Pahang/ Pesak Gantung sahaja. Untuk pakaian lain saya perlu siapkan nota saya terlebih dahulu...so, akan datang insya allah...

Tuesday, May 4, 2010

CLEARANCE SALES.....KAIN UNTUK DILELONG !!!

Salam, Saya tolong me war-war kan kain kain lelong customer saya dari Sri Rampai, Kl....Cust ni peniaga juga dan mempunyai lebihan kain yang masih banyak untuk dibuat tudung atau baju. Sesiapa yang berminat nak beli kain2 tersebut ada samplenya kat saya...boleh datang ke rumah saya untuk viewing tau....plain lycra kualiti baik dan kain tersebut mempunyai tekstur bergaris...sesuai untuk dijadikan tudung labuh sebab tak terlalu berat jadi tudung labuh anda tak mudah rosak ! Kain ni jugak sesuai untuk buat tudung Syria yang sedang hangat dipasaran....warna2 pun menarik ...Pastel colours ! Kain plain lycra with textured dijual pada harga RM15 semeter dan minimum anda boleh beli untuk satu warna adalah 2meter ya....Lagi satu kain printed berjalur hampir mcm pelangi cuma warna dalam gabungan 2-3 warna...terdapat dalam lebih kurang 8 warna ...skrg ada4 warna yang ada stocknya kat saya...kain ni dilelong pada harga RM10 semeter...cepat2 ya....stock dah tak banyak lagi....clearance sale !

Monday, April 5, 2010

Mommy, Hajj & her Prayers

Few days and about a weeks ago aku wondering whether I could make it or not...Frankly...deep inside my heart rasanya dengan aku yang hanya bekerja dari rumah ni tak kan mampu nak menyediakan kemewahan untuk mak aku yang cuma ada seorang tu...Dia nak ker tanah suci Makkah...tgh menanti jawapan utk quota sahaja lagi...
Pada aku, harapan aku nak memberikan dia sepenuhnya utk pakej tu mmg jauh dari yang boleh aku mimpi...tapi untuk sekelumit tu insya allah, ku cuba semampu kudrat aku yang ada...cuma tiap kali kami bertitip khabar melalui sms, aku minta mama mendoakan untuk anaknya di perantauan ni agar dipermudahkan urusan...dimurahkan rezeki...dilimpahi bahagia...diberikan kesihatan...
yaa...beberapa hari dan minggu yang lalu, aku terfikir2...mampukah aku..? bolehkah aku berikan dia sedikit buat perbelanjaannya di sana? entahlah...nak minta pada kekasih hati sudah tentulah mustahil...aku berpakat2 adik beradik...mudah-mudahan semua yg kurancang berhasil...abang aku ada keluarganya, baru sahaja berpindah ke sini, membawa keluarganya merantau...jadi apalah lagi anak anak ini boleh lakukan untuk mama tersayang selain cuba berusaha agar impian mama yang satu itu terlaksana...

yang pastinya...few days and weeks before , aku tak nampak apa apa yang boleh membantu aku menjana pendapatan dari rumah...bukan apa..mcm2 karenah, mcm2 peel...ada yg ok ada yg tak ok...rugi tu jangan kiralah...putus asa tu hari2 pun ada...aku tak mau bohong lah cuma aku selalu buat bodoh aje.....aku tak tunjuk pada sapa sapa pun walau suami sendiri...mana ada org tahu apa gelora di hati...cukupkah tak cukupkah...komitmen pun ada...ntah bilalah akan selesai...

tapi nun di sana, aku pasti mama yang telah dijamah kedut seribu, yang sering berulang alik ke masjid negeri mendalami ilmu agama sebagai bekalannya sebelum dia ke tanah suci bersama bapa tiri aku yang kesihatannya pun dah tak seberapa..itu satu jugak yang aku risau pasal uncle kamal..if mama tak pergi sama-sama, siapa akan tgk uncle kamal di situ nanti...aku tahu mama tak henti henti mendoakan anaknya yang dulu selalu saja melawan kata katanya, menyakitkan hatinya....malahan pernah aku dan mama tak bertegur sapa atas satu hal yang rasanya mmg benar2 mengugat hubungan kami anak beranak..mama sampai merajuk dan tak balik rumah dan tinggal tempat mak cik saudara aku...pastu aku pulak berkurung dalam bilik bergelap tak mau keluar bilik tak mau kuar rumah..pastu aku bertindak keluar dan pindah rumah..huhuhu...tgklah betapa jahatnya aku...

tapi after years tak pernah perkara tu berbangkit until recently...she asked me why...terpempan aku mengutip semula kenangan yg hampir aku sendiri tak ingat..alhamdulillah, sebelum matanya atau mataku sendiri tertutup...sempat kami berbicara dari hati kenapa dan mengapa perkara itu terjadi..dan alhamdulillah, syukur aku sempat memohon kemaafan sebelum segalanya terlambat...sesungguhnya aku mengerti bukan semua org berpeluang mendapat kemaafan dari org tua seperti aku...syukur sangat2... mama...ampunkan anakmu ya ma...tiada niat mahu menyakitkan hatimu...cuma kalau jumpa balik org yang jadi punca kami berselisih faham tu, this time aku belasah jer orang tu sampai lunyai...dia punya pasal my mom berjauh hati dengan aku...penipu besar punya orang...tipu duit orang jak...

cuma sekarang ni tiada hajat yang terlalu ingin aku tunaikan melainkan yang satu ini...sebab perginya mama bersama hajatnya ke sana akan membawa hajatku sekali bersamanya...dan tiba2 semalam, rezeki itu datang bersama harapan yang hampir pudar...lepas satu, satu...alhamdulillah...walau kecil tapi bermakna buat aku yang kian terdesak rasanya menghitung waktu.....harapan aku sekarang agar semua urusan aku dilapangkan dipermudahkan ya Allah...aamiinnn...