CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 8, 2009

Project Paper UM


Tak lama lagi dah nak abis dah benda alah ni...letihnyer...badan tak letih...otak yang letih..mencabar kesabaran ler...Oh ya, semalam Kak K dah amik first batch order yang dia hantar last week. Alhamdulillah, lega rasanya bila hasil kerja dihargai. Katanya ramai yang puji jahitaku kemas. Syukurlah kalau begitu. Ada sedikitlah cadangan yang depa bagi kat Kak K, Awning nak sama sebijik mcm M******h tu..Ok ajer aku...ini kan kehendak pelanggan, maka kita kena ambik berat apa kemahuan mereka. Nak labuh...Boleh ajer. Insya Allah kita akan perbaiki lagi mutu mana2 yang terkurang yer Kak K?...Anyway thank you so much sebab sudi menggunakan khidmat ct ni..Bertambah pelanggan kita..Pujian Kak K menghilang penat lelah menjahit. Bukan apa,risau gak kalau kerja kita tak sesempurna atau up to the expectation. Ramai penjahit2 tudung tumbuh bak cendawan. Tapi yang jahit elok tu kurang. Kadang rasa sedih gak tengok customer orang lain yang datang semula nak baiki tudung yang senget benget. Terasa jugak di ulu hati ni sedih, sebab kalau kita beli kain mahal2 pastu jahitan mcm tu yang kita dapat, baiklah orang tu pegi beli aje kat butik -butik tudung yang ada kat malaysia ni...Aku pun still gak belajar lagi mcmana nak sempurnakan jahitan. Pada aku, jahitan itu seni. Suka aje aku tengok kalau hanya dari sehelai kain bentuk rectangle boleh jadi berbentuk2...huiiihhh...seronok...

hmmm..esok nak gi rumah member hubby yang baru aje seminggu bersalin...she is on confinement now so aku kena datang ambik ukuran dia, dia nak buat baju kurung dan kurung pahang...eeeee...aku membebel ni sebenarnya kepala aku dok fikir nak buat blouse sebenarnya. Pola dah sedia, tapi kain lagi nak pilih..mana satu yek nak buat baju untuk gathering Ahad ni? Malas aku nak kuar KL semata-mata nak beli kain lagik..aku nak buat blouse ni...meh cuci mata...orang kata baju mengandung...ahhh...belasahlah...baju ni bleh sembunyi "muffin top" aku atau sesapa aje yang ada extra tyre...hehehhe...mcm dalam gambar ni...cantik tak?
takpe...korang kata tak cantik, aku kata cantik...layannnnnnnn

No comments: