CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 2, 2009

Itu Ini...

Semalam cuti Hari Pekerja...Lepas 2 minggu berturut aku bertungkus lumus, baru semalam dapat total rest..Tapi still ada lagi next order tgh menunggu. Dalam "sewing room" aku tu dah bersusun-susun amanah ynag perlu dilunaskan sebelum aku pergi ber"shopping" di Jakarta. Kak K ada hantar 50 +9 pcs(kanak2) kain yang cantik2 untuk dijadikan tudung. Lawa2 kainnya. Yang tu baru order Kak K...belum order dari rakan-rakan lain...Nuff-Nuff pun dah submit 4 order dan another 4 from kakak sepupunya yang sgt2 friendly...Cikgu Jennora dan lain2 lagi...Ya Allah...mudah2an semuanya berjalan dengan lancar hendaknya.
Pasal nak letak gambar2 dalam blog ni...nak ajer sebenarnya aku...tapi masalahnya aku ni satu jer, pemalas tahap tapir nak mengambik2 gambar. Aku wonder gak mcmanalah some people boleh spend time berjam2 nak ambik gambar, edit tang tu...pastu masukkan dalam blog semua...Aku nak pegang laptop ni pun kadang dah tak sempat..
Adikku c Fifie pun dah sibuk suruh aku masukkan gambar dalam ni...Aku pun nak share gak mcmana Kak K kombinasikan corak kain2 untuk buat tudung...Every pieces so unique..dan yang pastinya sangat-sangat catchy dan cantik...Kalo akulah yang korang bawak gi kedai kain tu, suruh aku memilih...eeeee tak kuasa Mek...! Aku sanggup lagi duduk menjahit dari buat benda tuh...susah benor rasanya bila lagi berhadapan dengan timbunan kain pelbagai warna dan corak...harus aku jadi rambang mata....bukan tu aje...aku tak reti nak memilih dah...rasa semua nak diangkut...
Hari tu ingatkan nak ler tepek gambar tudung-tudung yang dah ku siapkan...tapi memang tak menang tangan aku nak ngadap laptop ni lagi...masuk ni dah lebih dari 100 helai tudung aku jahit, takde yang dapat ku ambik gambar...aku harap pieces yang baru datang ni sempatlah aku ambik...Insya Allah...Tapi sesapa yang rasanya minat nak tengok pieces tu, kalo dekat2 ngan Danau Kota area ni, silalah berkunjung ke teratakku...Call dulu lah yek for details.

No comments: