CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 31, 2009

32 Years ago, today.....

Baru jerk melabuhkan punggung di pembaringan...letih beb..period lak tu...hari ni 43 pcs tudung dijahit bagai nak rak...blom lagi yg lain2...nanti malam nak sambung lagi..rehat jap...
well...my post title on top...apa kena mengena? Hari ni adalah hari aku dilahirkan ke dunia...bak kata mak aku, tak sabar2 tgk dunia...sebab aku tak bleh ditahan2 dia kata....tak sempat buat apa, midwife omputih yang sambut aku habis kena darah...dek kelam kabutnya aku nak kuar....iye ker? hehehehe...mana aku tau....
32 tahun telah berlalu...apa yang telah aku capai...tak banyak...tapi personal achievement...aku berjaya tamatkan pengajian di UM..dari 2007...sampai Mac 2009 yang lalu...yelah, dah tua2 dan beranak pinak ni, nak belajarlah pulak..Aku berjaya tunaikan impian memiliki kemahiran menjahit formal...dan adalah lagi few impian yg telah kususun untuk tempoh 5-10 tahun lagi...2008-2009, 3 mesin jahit jadi koleksi...umpama mata kail yang diberi...begitulah mesin2 ku itu...dengan mesin tu dah byk wang yang aku perolehi, kugunakan untuk menambah ilmu di dada..tahun pertama ni mmg mencabar dan byk modal gak keluar...tapi insya allah, kuharapkan semuanya ok....perlahan-lahan...dan yang paling seronok, along the way sejak kuceburi bidang jahitan ini, aku turut perolehi kawan-kawan baru yang juga meminati bidang yang sama...mcm2 ragam, mcm peel...ada yang kedekut, ada yang sgt pemurah dan mcm2 lah....apa apa pun, mereka inilah yang mewarnai hidupku selain dari keluarga sendiri..esok, usia akan terus bertambah...dan aku harapkan hidayah yang berterusan, rezeki yang diberkati, bahagia berpanjangan dan kesihatan yang baik....Pada rakan dan saudara mara yang tidak melupai hari lahirku, terima kasih tidak terhingga atas doa kalian...doakan hanya yang terbaik buat daku insan yang tak punya apa...Mak, terima kasih atas semuanya ya mak, I Love You......

Saturday, July 25, 2009

New Baby In The House !!


Alhamdulillah syukur sangat2....Finally...Aku memiliki mesin coverstitch interlock yang sgt diidam2kan oleh semua warga penjahit tegar tudung DIY...meskipun hanyalah portable sahaja tapi hasil jahitannya sama seperti yang anda mahu lihat...the twin needle stitching but this time with a safety lock stitch hemming....I am so happy...My birthday present in advance I can say...hehehehe....( senyum sampai ke telinga nih...ekekekeke)
Jenamanya tidaklah sebegitu popular tapi setahu aku, industri besar dunia jahitan especially pengilang pembuatan pakaian dalam dan luar negara memang rata rata ambik mesin brand ini...cuma di Malaysia mereka tak begitu dikenali bagi segmen pasaran domestik, iaitu mesin jahitan yg digunakan di rumah. Mcm Singer dan Brother, target market dipecahkan kepada 2 bahagian, domestik dan industri...sebab tu popular. Bagaimanapun, insya allah, tak lama lagi mungkin company ni pun akan bawak masuk mesin-mesin kegunaan di rumah mcm yg aku dah ambik ni...for a start mcm person in charge nyer kata...
This newly bought gadget infact ada lebih dari satu kegunaan, coverstitching yang memerlukan kita menukar tapaknya dan kedudukan jarumnya. Bila kita nak guna fungsi jahitan overlock, tukar lagi tapak dan benang pun kena tambah...dari 3 benang jadi 5 benang...ada chainstitching function...dan bla bla...nantilah aku tgk, tp yg pastinya aku takmo tukar setting tu...jenuh karang....
Jam 1030hrs aku dah ada kat situ...tghari on the way pulang si Tong Gas telefon tanya aku kat mana, dah amik mesin blom?....ekekekek...lambatlah ko Tong...aku dah bwk balik dah...ekekekek...nanti after 1 week, kita bagi review okey?!!Gambar di atas tu lah dia...

nota kaki: -

Asalnya gadget ni dikenali sebagai Econosew 14U857 jenama FEIT ( Pak cik Google pun kenal yang ni ajer...) kalo di luar negara. Mungkin atas sebab musabab berkaitan undang2 perlesenan perniagaan or whatsoever aku pun tatau...maka ditukar oleh syarikat yang membawaknyer masuk...dalam manualnya pun terpampang model 857...cop ajer dah tukar sebb depa dah bawak mai Malaysia...jadi jangan risau k...so sapa2 yang nak beli tu, cuba2lah riki kat depa kalo stock ada, otherwise u all kenalah tunggu for another 2-3 months...

Sunday, July 19, 2009

Penat...!

2 days in a row aku tidur jam 7pagi...Letih giler....dapat tidur 2-3 jam pun jadiklah...semalam habiskan ironing dan packing for 50 pcs Kak Kelly,with Jen's help!She's complaining but managed to complete it till the end...tapi dah letak syarat tu....nak Pizza's as upah....ekekekekke...but she's great...boleh tahan kemas for a girls at her age..she folded the Hijabs and put it inside the plastic wrap according to the sizes..Dah dia gak iya2 nak menolong...
Today evening aku ada kelas menjahit...alang2 seluk perkasam..aku happy dgn apa yang aku buat sekarang...btw I need to send my Janome for a overhaul service...mcm bunyi Twin Otter dah aku dgr...same goes with my overlock...have to...otherwise aku tak leh menjahit plak for another 60 over pcs yg lain....:P

Wednesday, July 1, 2009

BLOUSE TUTORIAL will be update soon..! tgh siapkan order2 in hand..




Aku nak masukkan tutorial blouse yang aku tengah nak jahit ni..No.4 yang warna blue green tu..soon, yang ala2 maxi tu...meletupler pasni bergaya sakan...hehehhe...tapi update from time to time okay...aku buat satu untuk aku dan satu lagi untuk member aku. Since aku tahu aku ni memang tak gemar ambik gambar-gambar ni, maka aku ambik siap-siap lepas aku buat satu-satu...jadi tak ler serabut lagi nanti kalo dah half way process. Sekarang ni aku dah lukis dan gunting pola-pola yang diperlukan. Okay...Blouse ni akan aku upload gambar langkah demi langkah cara-cara mencantumnya nanti. Siapa-siapa yang teringin nak jahit sendiri tu, kalo betul-betul nak boleh call aku for the pattern...yang tu kita cerita kemudianlah k..This pattern infact aku beli pattern SIMPLICITY.COM...anyone interested can just drop by kat CRAFT WORLD aka YEE BUTTON tu...located kat SS2...you ladies can invest your money about RM54 per pattern. Kalau saja2 nak jahit, maybe its not worth to buy...maybe for some...but for me, I just love it...Some short thinking might just buy kat boutique atau mana2 kedai baju kan? But.. untuk aku, its all about satisfaction and passion. Well, we can share this tutorial together..anyone really wanted this may call me and get this pattern with a lil bit of charges lah...ye lah, upah lukis ngan beli kertas dan pos...not as expensive as the original..I'll draw for you and just post it. However you all kena make sure untuk ambil ukuran tepat...BUST, WAIST, HIP, NECK TO BACK WAIST AND WAIST TO HIP..Easy for me to draw..
The good thing is, we all especially those yang dah pandai jahit tudung sendiri tu bolehlah buat baju sepasang ngan tudung yang nak dipakai kan? hehehhe...bestnyer you all...

Okay, atas ni contoh blouse yang bakal dijahit. Jangan sampai kubuat tukun lagi sudahlah...tutorial tu aku upload step by step, from time to time okay...will update soon...harap semua sabar k..!huhuhu...mcmlah org baca sangat blog aku ni...hehehehe....

Orait...bawah ni pola2 yang dah siap dilukis dan dipotong. Kerana satu pattern original tu sangatlah mahal, maka pandai2 koranglah mcmana nak preserve pattern korang tu...sebabnya kertasnya adalah dari kertas tissue yang super lembut! Too much pressure will damaged the pattern..What I do, aku belilah tracing paper banyak2 utk lukis sizes yang aku nak pakai. Originalnyer aku simpan utk kegunaan masa hadapan. Untuk pantas, kaedah ni sangat mudah, kurang sakit pinggang nak buat pola. Kalau nak buat dasar yang sebenarnya, you all kena dengar lecture aku seharian ler nampaknya. Aku ni in the midst of completing module2 SKM 1 & 2 aku gak...skrg module baju melayu...Esok dah rabun tak leh menjahit boleh ler aku jadi Lecturer Jahitan..iskkk...angan-angan tu...
ok...kita sambung ni ...

SEDIAKAN POLA2...Yang ni pola yang dah dilukis dan dipotong atas tracing paper. Guna tracing paper ni bagusnya pola kita tak koyak rabak mcm brown paper.Lagi pun see through...

1. Pola Skirt Hadapan & Belakang.




2. Bahagian Lengan Hadapan & Belakang.




3. Bahagian Leher Hadapan/Belakang & Band Pinggang- Fabric Warna Contrast.


okay, mlm ni aku nak potong kain2...esok2 ada kesempatan aku upload k...tunggu..!!