CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 31, 2009

32 Years ago, today.....

Baru jerk melabuhkan punggung di pembaringan...letih beb..period lak tu...hari ni 43 pcs tudung dijahit bagai nak rak...blom lagi yg lain2...nanti malam nak sambung lagi..rehat jap...
well...my post title on top...apa kena mengena? Hari ni adalah hari aku dilahirkan ke dunia...bak kata mak aku, tak sabar2 tgk dunia...sebab aku tak bleh ditahan2 dia kata....tak sempat buat apa, midwife omputih yang sambut aku habis kena darah...dek kelam kabutnya aku nak kuar....iye ker? hehehehe...mana aku tau....
32 tahun telah berlalu...apa yang telah aku capai...tak banyak...tapi personal achievement...aku berjaya tamatkan pengajian di UM..dari 2007...sampai Mac 2009 yang lalu...yelah, dah tua2 dan beranak pinak ni, nak belajarlah pulak..Aku berjaya tunaikan impian memiliki kemahiran menjahit formal...dan adalah lagi few impian yg telah kususun untuk tempoh 5-10 tahun lagi...2008-2009, 3 mesin jahit jadi koleksi...umpama mata kail yang diberi...begitulah mesin2 ku itu...dengan mesin tu dah byk wang yang aku perolehi, kugunakan untuk menambah ilmu di dada..tahun pertama ni mmg mencabar dan byk modal gak keluar...tapi insya allah, kuharapkan semuanya ok....perlahan-lahan...dan yang paling seronok, along the way sejak kuceburi bidang jahitan ini, aku turut perolehi kawan-kawan baru yang juga meminati bidang yang sama...mcm2 ragam, mcm peel...ada yang kedekut, ada yang sgt pemurah dan mcm2 lah....apa apa pun, mereka inilah yang mewarnai hidupku selain dari keluarga sendiri..esok, usia akan terus bertambah...dan aku harapkan hidayah yang berterusan, rezeki yang diberkati, bahagia berpanjangan dan kesihatan yang baik....Pada rakan dan saudara mara yang tidak melupai hari lahirku, terima kasih tidak terhingga atas doa kalian...doakan hanya yang terbaik buat daku insan yang tak punya apa...Mak, terima kasih atas semuanya ya mak, I Love You......

No comments: