CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 25, 2009

New Baby In The House !!


Alhamdulillah syukur sangat2....Finally...Aku memiliki mesin coverstitch interlock yang sgt diidam2kan oleh semua warga penjahit tegar tudung DIY...meskipun hanyalah portable sahaja tapi hasil jahitannya sama seperti yang anda mahu lihat...the twin needle stitching but this time with a safety lock stitch hemming....I am so happy...My birthday present in advance I can say...hehehehe....( senyum sampai ke telinga nih...ekekekeke)
Jenamanya tidaklah sebegitu popular tapi setahu aku, industri besar dunia jahitan especially pengilang pembuatan pakaian dalam dan luar negara memang rata rata ambik mesin brand ini...cuma di Malaysia mereka tak begitu dikenali bagi segmen pasaran domestik, iaitu mesin jahitan yg digunakan di rumah. Mcm Singer dan Brother, target market dipecahkan kepada 2 bahagian, domestik dan industri...sebab tu popular. Bagaimanapun, insya allah, tak lama lagi mungkin company ni pun akan bawak masuk mesin-mesin kegunaan di rumah mcm yg aku dah ambik ni...for a start mcm person in charge nyer kata...
This newly bought gadget infact ada lebih dari satu kegunaan, coverstitching yang memerlukan kita menukar tapaknya dan kedudukan jarumnya. Bila kita nak guna fungsi jahitan overlock, tukar lagi tapak dan benang pun kena tambah...dari 3 benang jadi 5 benang...ada chainstitching function...dan bla bla...nantilah aku tgk, tp yg pastinya aku takmo tukar setting tu...jenuh karang....
Jam 1030hrs aku dah ada kat situ...tghari on the way pulang si Tong Gas telefon tanya aku kat mana, dah amik mesin blom?....ekekekek...lambatlah ko Tong...aku dah bwk balik dah...ekekekek...nanti after 1 week, kita bagi review okey?!!Gambar di atas tu lah dia...

nota kaki: -

Asalnya gadget ni dikenali sebagai Econosew 14U857 jenama FEIT ( Pak cik Google pun kenal yang ni ajer...) kalo di luar negara. Mungkin atas sebab musabab berkaitan undang2 perlesenan perniagaan or whatsoever aku pun tatau...maka ditukar oleh syarikat yang membawaknyer masuk...dalam manualnya pun terpampang model 857...cop ajer dah tukar sebb depa dah bawak mai Malaysia...jadi jangan risau k...so sapa2 yang nak beli tu, cuba2lah riki kat depa kalo stock ada, otherwise u all kenalah tunggu for another 2-3 months...

No comments: