CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 14, 2009

Opportunist....bukan opportunity....

Dah beberapa hari sebenarnya benda ni berlegar2 di mindaku...hati bagai dicarik2 dibakar...tapi apalah daya ku nak mengamuk marah semua pun tak guna...cuma kini aku mengambil masa memerhati tingkah orang sekelilingku...kupinjam kata "helper" ku sendiri...first impressionnya terhadapku sendiri ketika dia mula jejak ke rumah ku ini...katanya Puan terlalu lurus...aku tak faham sgt dan tak ambik pot pun...tapi lepas beberapa hari aku tanya jugak kat dia semula...apa maksudnya kata aku lurus sangat...katanya aku menaruh sepenuh percaya pada semua orang tanpa memilih dan mengambil kira siapa mereka...terdiam aku...benar katanya...pada aku semua orang sama sahaja...hanya setelah beberapa ketika aku kenal hati budi seseorang tu barulah aku pilih mana satu yang akan kekal jadi sahabatku, dan yang mana satu harusku jauhi...maknaya aku akan senantiasa menemui " opportunist-opportunist" yang suka mengambil kesempatan ke atas diriku...tak kiralah lelaki atau perempuan...tapi dalam kes sekarang ni semestinyalah bukan lelaki sebab tiada kaitan pun....
Mcm-mcm perangai orang yang aku jumpa semenjak aku aktif menjahit ni...ada yang mmg tulus bersahabat dan berkongsi minat dan peluang yang ada...berbincang apa perkara2 dan perancangan hadapan...ada pulak yang suka ambik kesempatan semua kalau boleh nak dapat harga kos, tak pun terus percuma...wahai saudari yang berkenaan, masuk toilet pun kita bayar untuk kudrat orang yang membersihkan najis dan kotoran dalam tandas yang kita guna tu...inikan kudrat ku atau sesiapa sahaja yang menjahit sebagai punca pendapatan di rumah...kalau semua nak bagi free baiklah aku jahit untuk anak2 yatim dan orang2 miskin terus...lebih afdal...
Ada pulak yang bijak sesangat mengambil peluang sampai terlupakan nilai moral dan timbang rasa...yg ni lah yg aku kena nih...tapi biarlah aku sahaja yg tahu...mungkin bukan rezekiku lagi...tap janganlah dipijak kepalaku...kalau pun rasa aku jenis tak kisah, jangan ambik kesempatan...
entahlah...aku cuma mau meluahkan sedikit biar lega...sesiapa yg terasa, maafkanlah....aku nak tidor dah...ngantukk...

No comments: