CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 5, 2010

Mommy, Hajj & her Prayers

Few days and about a weeks ago aku wondering whether I could make it or not...Frankly...deep inside my heart rasanya dengan aku yang hanya bekerja dari rumah ni tak kan mampu nak menyediakan kemewahan untuk mak aku yang cuma ada seorang tu...Dia nak ker tanah suci Makkah...tgh menanti jawapan utk quota sahaja lagi...
Pada aku, harapan aku nak memberikan dia sepenuhnya utk pakej tu mmg jauh dari yang boleh aku mimpi...tapi untuk sekelumit tu insya allah, ku cuba semampu kudrat aku yang ada...cuma tiap kali kami bertitip khabar melalui sms, aku minta mama mendoakan untuk anaknya di perantauan ni agar dipermudahkan urusan...dimurahkan rezeki...dilimpahi bahagia...diberikan kesihatan...
yaa...beberapa hari dan minggu yang lalu, aku terfikir2...mampukah aku..? bolehkah aku berikan dia sedikit buat perbelanjaannya di sana? entahlah...nak minta pada kekasih hati sudah tentulah mustahil...aku berpakat2 adik beradik...mudah-mudahan semua yg kurancang berhasil...abang aku ada keluarganya, baru sahaja berpindah ke sini, membawa keluarganya merantau...jadi apalah lagi anak anak ini boleh lakukan untuk mama tersayang selain cuba berusaha agar impian mama yang satu itu terlaksana...

yang pastinya...few days and weeks before , aku tak nampak apa apa yang boleh membantu aku menjana pendapatan dari rumah...bukan apa..mcm2 karenah, mcm2 peel...ada yg ok ada yg tak ok...rugi tu jangan kiralah...putus asa tu hari2 pun ada...aku tak mau bohong lah cuma aku selalu buat bodoh aje.....aku tak tunjuk pada sapa sapa pun walau suami sendiri...mana ada org tahu apa gelora di hati...cukupkah tak cukupkah...komitmen pun ada...ntah bilalah akan selesai...

tapi nun di sana, aku pasti mama yang telah dijamah kedut seribu, yang sering berulang alik ke masjid negeri mendalami ilmu agama sebagai bekalannya sebelum dia ke tanah suci bersama bapa tiri aku yang kesihatannya pun dah tak seberapa..itu satu jugak yang aku risau pasal uncle kamal..if mama tak pergi sama-sama, siapa akan tgk uncle kamal di situ nanti...aku tahu mama tak henti henti mendoakan anaknya yang dulu selalu saja melawan kata katanya, menyakitkan hatinya....malahan pernah aku dan mama tak bertegur sapa atas satu hal yang rasanya mmg benar2 mengugat hubungan kami anak beranak..mama sampai merajuk dan tak balik rumah dan tinggal tempat mak cik saudara aku...pastu aku pulak berkurung dalam bilik bergelap tak mau keluar bilik tak mau kuar rumah..pastu aku bertindak keluar dan pindah rumah..huhuhu...tgklah betapa jahatnya aku...

tapi after years tak pernah perkara tu berbangkit until recently...she asked me why...terpempan aku mengutip semula kenangan yg hampir aku sendiri tak ingat..alhamdulillah, sebelum matanya atau mataku sendiri tertutup...sempat kami berbicara dari hati kenapa dan mengapa perkara itu terjadi..dan alhamdulillah, syukur aku sempat memohon kemaafan sebelum segalanya terlambat...sesungguhnya aku mengerti bukan semua org berpeluang mendapat kemaafan dari org tua seperti aku...syukur sangat2... mama...ampunkan anakmu ya ma...tiada niat mahu menyakitkan hatimu...cuma kalau jumpa balik org yang jadi punca kami berselisih faham tu, this time aku belasah jer orang tu sampai lunyai...dia punya pasal my mom berjauh hati dengan aku...penipu besar punya orang...tipu duit orang jak...

cuma sekarang ni tiada hajat yang terlalu ingin aku tunaikan melainkan yang satu ini...sebab perginya mama bersama hajatnya ke sana akan membawa hajatku sekali bersamanya...dan tiba2 semalam, rezeki itu datang bersama harapan yang hampir pudar...lepas satu, satu...alhamdulillah...walau kecil tapi bermakna buat aku yang kian terdesak rasanya menghitung waktu.....harapan aku sekarang agar semua urusan aku dilapangkan dipermudahkan ya Allah...aamiinnn...

Sunday, April 4, 2010

TEMPAHAN TERHAD & DITUTUP

Salam All....

Semua jenis tempahan ditutup sehingga saya mengumumkan tarikh yang baru. Ini kerana saya menerima tempahan pakaian buat masa ini... Saya nak fokus untuk siapkan tempahan ini supaya tak ada yang berasa hati tentang queue yang dipotong etc etc...adil begini kan? Tapi kalau nak book queue utk next order boleh hubungi saya dulu, kot kot masa tu saya dah free...atau masih sibuk....

Untuk tempahan pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang saya menghadkan pengambilan tempahan kerana risau tak sempat disiapkan. Jadi lebih baik ambik dalam kuantiti yang sedikit. Dan kalau ada yang nak menempah baju raya tahun ni...sila hantar kain anda sebelum 15 June 2010...lepas dari tarikh tu saya tak ambik...Kalau ambik pun saya hanya akan siapkan lepas raya...lebih baik call saya terus so boleh tahu samada tempat dah fully book atau blom...( iskkkk...mcm kapal terbang plak..)untuk pelanggan pelanggan/ rakan2 yang dikasihi...terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat saya....harapnya saya dpt menghantar ibunda tersayang ke tanah suci tahun ini hasil kerja keras dengan menjahit....saya tak nak fikir pasal benda lain...selesai urusan ni baru boleh fikir benda lain...amiin....